Selasa, 14 Julai 2009

(2) KONSPORASI JATUHKAN NIK AZIZ

keputusan PAS menang majoriti kurang 100 sudah dijangka awal. memang itu yang puak2 UG nak. mereka sedang rancang strategi nak jatuhkan nik aziz. manik urai menjadi bukti kukuh mereka nak burukkan nik aziz.
mereka rancang awal. kalau Pas kalah atau menang tipis kat manik urai. mereka akan salahkan kepada PR yang Nik Aziz dok pertahankan sangat. sebab itu. bila isytihar menang tipis sahaja. roslan sms dah mula tulis artikle yang nampak salahkan PR. kononnya tak pandai main isu sesama sendiri.
sebenarnya. sengaja roslan tulis artikle nampak macam menegur. sebenarnya. dia nak hentam PR.
bersambungan....

Jumaat, 10 Julai 2009

(1) KONSPIRASI JATUHKAN NIK AZIZ

Team UG dah bengang gilee ngan nik aziz. Muzakarah tak jadi. Muqabalh tak jadi. UG pun tak jadi. Semuanya punca nik aziz. Nik aziz sound. Rakyat sokong. Last-last team UG yang kena kutuk.

Dorang tak puas hati. Dorang rancang nak pecat nik aziz dari jadi Mursyidul Am. Mustafa Ali @ Harun Din @ Harun Taib rancang semua ni.

Mustafa Ali mastermain. Dia rancang strategi. Macam mana dorang nak buat.

Mustafa Ali suruh suhaimi embong tulis dalam siasah untuk burukkan nik aziz. Kaitkan PRK Manik Urai dengan Nik Aziz. Kalah PAS di Manik urai. Mesti nik aziz akan kena. Sebab tu. Suhaimi tulis dalam siasah yang bertajuk tempias kepada nik aziz jika kalah di manik urai.

Ok. Selesai satu babak. Babak kedua pula. Haji hadi pegi ceramah di Manik urai. Masa hadi ceramah. Ramai rakyat manik urai tak suka. Sebab tu. Masa dia ceramah. Sorang pun tak takbir. Padahal. Masa lim kit siang ceramah. Orang takbir sama gemuruh dengan nik aziz ceramah. Bila hadi ceramah. sayup-sayup terdenagr suara cakap hadi penipu.

Masa dalam ceramah di Manik urai. Hadi sebut nak teruskan juga meeting dengan UMNO. Ini memberi modal BN untuk serang PAS. Hadi ucapkan itu tujuannya nak bagi rakyat manik urai benci PAS. Kalau dorang tak undi BN pun. Sekurang-kurangnya orang PAS tak keluar ngundi.

Semua ni perancangan Mustafa Ali. Dorang nak manik urai kalah. Bila kalah manik urai. Nik aziz akan kena tempias macam tulisan suhaimi embong dalam siasah. Bila tempias kat nik aziz. Dorang jadikan modal untuk rosakkan nik aziz. Lepas tu. Dorang gunakan benda ni point utama nak gugurkan nik aziz dari Mursyidul Am.

bersambungan.............

Rabu, 3 Jun 2009

kempen untuk nasa malam ni....

nampaknya. tantawi sudah mengunakan segala kuasa yang ada untuk kempen nasa. maklumlah kepimpinan ulama.

Isnin, 1 Jun 2009

nasa dan harun din jumpa zahid hamidi : betul ker??

baru-baru ini. Nasa dan harun din berjumpa dengan zahid hamidi di salah sebuah restoran sea food ala thailand yang terkemuka di Selangor. Tuan kedai tu nama arsyad. tuan kedai tu. baik sangat dengan harun Din. sebab. masa dia buka kedai tu. harun din datang baca "mentera Islam" hambat jin.

sejak tu. harun din rapat dengan tuan kedai tu. jadinya. pertemuan harun din dan nasa dengan zahid hamidi pun berlaku di situ. tak tahu perbincangan apa. tapi peliknya. kenapa pertemuan itu berlaku senyap2? sampai ramai ahli pas yang tak tahu. ada sebilangan ahli pas dah tahu. tapi dorang tak nak bising. sebab takut orang kata. bagi peluru kat musuh.

korang jangan percaya berita ini. kalau nak percaya pun. tunggu lepas nasa dan harun din nafikan dulu berita ini...

satu lagi bukti nasa proxi umno

Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):

Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.
Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.
Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.
Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.
Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini.
Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.
Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:
Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?Email itu mendakwa "Ya"Siapakah Nasharuddin Mat Isa?
Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.
Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan
ciplak dari bakar haq.

nasa punca pecah belah PAS....

Nasa punca pecah belah PAS. masa orang marah kat UMNO. dia UMNO sorok2.

dia tak ada kerja. apa yang dia buat sejak jadi timbalan presiden? yang paling besar. dia jumpa UMNO sorok2. bila orang PAS tahu. ramai orang bawahan marah. lepas tu. PAS terpecah. ada pro UMNO. ada pro Pakatan rakyat.

sebab itu. tidak hairan. kalau blogger UMNO ramai sokong nasa. hentam mat sabu dan Husam habis-habisan. sebab. kalau naik husam dan mat sabu. nanti UMNO lesap. kalau naik nasa. UMNO ada harapan nak hidup.

sekrang. geng Nasa dah gelabah. macam2 cara dorang nafikan. mula2 sekali. tuduh orang yang pro pakatan rakyat punca pecah belah. bodoh punya tuduhan. lepas tu. berbelit-belit bercakap. pertahan nasa. kononnya nasa nak majukan PAS. bodoh hapa majukan PAS dengan gabung dengan UMNO.

pelik punya genetic bodoh melayu yang sokong nasa ni.

memang dasar perasit nasa ni. perosak. pemecah belah PAS.

blogger UMNO sokong nasa !

pelik sungguh. tiba-tiba je bila kita baca blog puak2 UMNO. dorang sokong gila2 kat nasa. husam dan mat sabu kena hentam gila2.

nampak gayanya. semakin ketara dan nyata. nasa proxi UMNO dalam PAS.

Rabu, 27 Mei 2009

ulama pro UMNO dalam pas....

kepimpinan ulama jadi isu. memang tiap2 tahun macam tu. walaupun tak buat kerja. tapi ulama mesti cakap dorang bagus. baik. dan bla. bla. bla.

ulama memang perlu duduk atas. tapi, ulama pro UMNO perlu tolak.

kalau ulama PAS dah pro UMNO. apa beza antara Noh gadut. harussssss sani. tamyiz. semuanya jadi sama.

jangan ambil kira ulama bekas duduk dalam kerajaan. harun din. nasa. semua ni masih kiblatkan bos lama dorang. BN. maklumlah, makan gaji dengan BN dulu kan. hutang budi la konon.

yang pelik. ulama lama dalam PAS follow. haji hadi. harun taib. mat iraqi.

korang jangan lupa ulama oi. macam mana nasa burukkan hasan syukri dulu.

ulama pas perlu dipertahankan. tapi jangan percaya kat ulama nak gabung dengan UMNO. contohilah ayatullah khomeini.

:: jangan percaya artikle ini .. please !! ::

Selasa, 26 Mei 2009

pemuda PAS gostan 20 tahun....

pemuda gostan 20 tahun sebab lantik tantawi jadi KP. dia, Azman Syafawi Klon Haji hadi. semua tiru haji hadi.

zaman Ustaz fadil Nor. PAS duduk atas. ADIL, DAP dibawah PAS. tapi zaman Haji Hadi, PAS duduk kat bawah sekali. PKR, DAP duduk kat atas.

nasib yang sama timpa PAS kali ini. sebab Tantawi jadi KP. bimbangnya. PAS kali ini duduk lebih bawah dari UMNO. sebab Khairy ketua Pemuda UMNO.

:: jangan percaya ulasan ini ::

Isnin, 25 Mei 2009

ulama tidak bekerja.. profesional bekerja

kami nak ulama bekerja. ulama pandai cakap jer kami tak nak. lagi-lagi ulama tak pandai cakap dan tak pandai kerja. buat apa semua ulama kalau tak buat kerja.

ayatullah khomeini. dia ulama yang bekerja. tidak tidur. tidak jumud. kami lagi tak nak ulama cari makan. makin ada jawatan. makin besar rumah. makin banyak kereta.

baik abang mat yang tidak ulama. tapi aktivis. bersama rakyat. dia lebih mulia dari ulama banyak kereta. besar rumah.

kami mahu ulama bekerja. bukan ulama jumud, macam tantawi. bukan ulama kereta banyak. rumah besar, macam nasa.

:: jangan percaya lagi ::

kerja-kerja bodoh dalam pas..

nasa nak gabung dengan UMNO. Husam nak bersama Anwar. mat sabu nak sendirian.

kenapa PAS nak gabung dengan orang lain. pas sendirian sudah la.

kalau nak gabung-gabung. banyak cerita. tak percaya sana. tak percaya sini.

last-last. gaduh sesama sendiri. itukan kerj-kerja bodoh namanya.

:: percayalah ::

nasa tak ada idea....

abang mat sabu tawar diri lawan timbalan presiden. dia cakap. orang atas dia mesti lebih cerdik daripada dia. knp abang mat cakap macam tu? sebab nasa dalam mesyuarat banyak duduk diam. tak ada idea.

tapi pelik. kalau bab lawan sesama sendiri. nasa cukup hebat. masa lawan hasan syukri. dia pergunakan puak2 JIM. masa dia lawan Harun taib. dia pergunakan puak2 mat sabu dan puak2 JIM. dia berjaya. sebab tu. ulama dalam pas jatuh. masa tu. aku pun terlibat sama jatuhkan harun taib.

masa lawan hasan syukri. dia gunakan puak2 JIM untuk burukan hasan syukri. dia suruh puak2 JIM kata hasan syukri tua la. tak ada idea la. isu kohilal jadi isu utama jatuhkan hasan syukri. memang licik nasa ni. .

masa lawan harun taib. dia pergunakan puak JIM dan puak Mat Sabu. burukkan harun taib. dia cakap. harun taib jumud. konservatif. kalau dia jadi tim. presiden. PAS gostan 20 tahun.

dia gunakan utusan malaysia untuk burukan harun taib.

:: jangan percaya artikle ini ::

Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lengkapkan saingan tiga penjuru


PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.


"Saya akan tetap bertanding dan tidak akan tarik diri," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.


Menurut Mat Sabu, beliau telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.


Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup hari ini.


Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.


Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.


Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.
Pagi tadi Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi mengesahkan kepada mStar Online akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

nasa sokong dewan ulama??

Nasa nak pertahan timbalan presiden. sejak lawan hasan syukri lagi. apa yang dah dia buat tolong presiden. presiden jadi lemah sebab timbalan dia lemah.

Nasa pernah cakap. kalau dia jadi presiden. dia akan cadangkan untuk hapus dewan ulama. dia nak kekalkan majlis syura ulama saje. dia cakap. dewan ulama ni buang masa jer.

itu dulu. masa dia lawan harun taib. tapi sekarang lain pula. pertahan dewan ulama habis-habis. sebab. jumpa umno tu dewan ulama macam pertahankan dia.

hati-hatilah dewan ulama. ingatlah kebangkitan ulama sejak 1982. selepas revolusi iran.

:: jangan percaya ulasan makalah ini ::

Rabu, 20 Mei 2009

sokong nasa sebab apa....

dari maklumat dalaman. kalau ustaz azizan lawan timbalan presiden. dewan ulama sokong ustaz azizan. tapi, percalonan ustaz azizan tak banyak. sebab itu ustaz azizan tarik diri. lebih-lebih lagi, Mat Sabu dan Husam dah lawan Nasa.

kalau husam dan mat sabu tak lawan nasa. ustaz azizan tak akan tarik diri. sebab ustaz azizan pun bengang dengan ustaz nasa. sebab, masa jadi ahli parlimen kat kedah dulu. nasa cakap banyak jer. tapi, kerja tak buat. tu yang ustaz azizan bengang.

kalau tanya sekarang pun. apa yang nasa dah buat sejak lawan ustaz hasan syukri. mesti semua pening nak jawab. tak tahu apa dia yang dia buat. yang ada. meeting belakang tabir. nak gabung dengan UMNO. itu ada la.

tapi apa boleh buat. ustaz azizan dah tarik diri. tak ada cara lain, dewan ulama sokong nasa. sokong nasa, bukan sebab nak sangat kat nasa. tapi sebab, nasa itu ada ustaz. kepimpinan ulama konon. walaupun dulu lawan harun taib.

dewan ulama boleh sokong nasa, sebab nasa ni dok cakap dia ikut syura masa nak isu muqabalah dulu. padahal, cakap nasa tu, nak selamatkan diri jer.

dewan ulama jangan tertipu dengan nasa. dulu, nasa gunakan JIM untuk jatuhkan harun taib.

:: jangan percaya komentar ini ::

Selasa, 19 Mei 2009

ulama tuduh takpe..

presiden kata, tidak ada rasuah dalam pas. mat iraqi yang menuduh terlepas dari tindakan disiplin. mentang-mentang mat iraqi ni dari dewan ulama, semua dia buat tidak boleh dikenakan disiplin.

dewan ulama tuduh, itu halal. kalau orang bukan ulama tuduh, itu kena ambil tindakan.

nabi kata, kalau fatimah binti muhammad mencuri pun, nabi akan potong tangan fatimah. itulah sunnah nabi. kepimpinan ulama ala pas pula. lain hal bunyinya.

nak halal, kena masuk dewan ulama.

:: sila baca maqalah ini tanpa fikir. kalau fikir juga, gunakan kepala lutut ::

Ahad, 17 Mei 2009

husam boleh, hadi tak boleh

husam jumpa kuli. orang kata muqabalah. geng pro dewan ulama cakap, hadi cakap muqabalah salah. husam buat muqabalah tak per...

orang bodoh jer kata macam tu. orang dengki je cakap macam tu. hakikatnya, tak pandai guna otak untuk fikir.

tok guru cakap, boleh muqabalah atau bertemu peribadi. bukan untuk gabung antara parti dengan parti...

hadi muqabalah nak gabung dengan umno. parti dengan parti. husam muqabalah, nak ajak kuli yang bermazhab umno sama-sama lawan umno. individu dengan individu. kan itu kerja cerdik.. takkan itu pun geng dewan ulama tak faham-faham...

patut pun orang marah dewan ulama. rupa-rupanya genetik bodoh tahap kura-kura rupanya...

:: jangan guna otak masa baca artikle ini ::

Sabtu, 16 Mei 2009

taqiyudin sokong ulama??

Taqiyudin sokong ulama?? nak tergelak pun ada.. mana tidaknya. sejak bila dia ni sokong ulama. kaji punya kaji.. kaji punya kaji.. kaji punya kaji...rupa-rupanya dia tak dapat balak. dia tak puas hati dengan husam. sebab dia mohon balak tak dapat.

dia kawan baik dengan abang jak. abang jak ni banyak cari pasal dengan husam sejak tak dapat balak.

bunyi-bunyi khabarnya. awalnya abang jak nak gunakan taqiyuddin. sebab, abang jak nampak taqiyudin macam baik dengan husam. rupa-rupanya tak dapat juga. rugilah persen...

taqiyuddin bengang. tu yang dok benci sangat kat husam.

sebab bimbang husam naik, dia pun sokong ulama. sebenarnya, dia bukan sokong ulama, tapi nak pergunakan ulama untuk jatuhkan husam. niat tersiranya adalah balak..

:: jangan percaya cerita ini ::

IRAQI IKUT TELUNJUK DR KAYU

Dr Kayu atau Dr kamaruzzaman. bekas SU Dewan Ulama PAS Pusat. dia benci Husam. tak tahu sebab apa. dakwanya, husam boneka JIM.
masa Nasa lawan harun taib. pemilihan lepas. dia tuduh Husam main peranan kalahkan harun taib....
jawatan Naib Presiden yang husam tanding sampai menang. dia tuduh, Husam bagi rasuah. dia tuduh, husam buat kenduri, bagi baju free.
dia dok ratib hari-hari kat Daud Iraqi. tu yang jadi punca daud iraqi buat kenyataan bodoh.
disebabkan Kayu benci Husam. dorang buat fitnah.
:: jangan percaya cerita ini ::

HAI APA KHABAR

hai.. apapa khabar